|
|
Penubuhan persatuan ini juga adalah langkah
awal dan berterusan untuk memastikan kaum Bumiputera di Malaysia mampu
duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi seangkatan dengan kaum-kaum lain
yang juga menceburi bidang yang sama.
|
___________________

___________________
|
SEJARAH AWAL PENUBUHAN PERSATUAN
Persatuan Pembekal-pembekal Alatan Perubatan
dan Makmal Bumiputra Malaysia (PERUTAMA) telah ditubuhkan
pada 7hb Mac 2001, dan persatuan ini telah didaftarkan di bawah suatu
pertubuhan di bawah seksyen 7 Akta pertubuhan 1996 dengan nombor
pendaftarannya ialah 263.
Sejarah penubuhan persatuan ini bermula
apabila idea yang dicetuskan oleh Y.B. Dato' Seri Dr. Suleiman Mohamed (semasa itu Timbalan Menteri
Kesihatan Malaysia) dan Datuk Dr. Hj. Azami Haji Said di
dalam perbincangan mereka berdua. Akhirnya mereka nekad untuk menjadikan
hasil perbincangan itu dijadikan satu impian yang terlaksana.
Walaubagaimanapun langit tidak selalunya cerah, sebelum merealisasikan
impian itu, mereka terpaksa mengharungi pelbagai rintangan pada awal
penubuhannya.
Oleh yang demikian satu Jawatankuasa Penaja
PERUTAMA telah di tubuhkan bagi mengukuhkan lagi niat
ikhlas mereka untuk membantu ahli-ahli Bumiputera yang lain. Para perintis
di PERUTAMA merupakan Encik Ikmal Hisham bin Abd Aziz (Presiden
sessi 2001-2002), Y.M. Ku Azhar Ku Abd Razak (Timbalan Presiden sessi
2001-2002), dan Datuk Dr. Hj. Azami Haji Said (Setiausaha Agong sessi 2001-2002). AJK pula
terdiri daripada Encik Sulaiman Harun (Timbalan Setiausaha Agong sessi
2001-2002), Encik Husin SM Abdul Karim (Bendahari sessi 2001-2002), En.
Anuar Haji Berkat Ali, Dato' Sabri Haji Said, dan Encik Kamarulzaman.
Nama persatuan ini mungkin asing bagi
sesetengah dari kita, namun motif utama PERUTAMA ini
ditubuhkan adalah sebagai satu inisiatif serta usaha untuk mengembeling
syarikat-syarikat Bumiputera yang mana terlibat dalam industri
pembekalan barang-barang perubatan agar lebih bersepadu dan
berganding bahu di antara satu sama lain. Dalam erti kata lain, diharapkan
ahli-ahli dapat menolong sesama sendiri dengan mendirikan "network" yang
kukuh demi kepentingan dan kemajuan semua.
Penubuhan persatuan ini juga adalah langkah
awal dan berterusan untuk memastikan kaum Bumiputera di Malaysia mampu
duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi seangkatan dengan kaum-kaum lain
yang juga menceburi bidang yang sama. Kesan dari penubuhan ini juga akan
memberi peluang yang cerah dan lebih telus kepada para usahawan yang telah
ataupun bakal menceburi bidang ini khususnya.
Sehingga kini, sebanyak 95
buah syarikat telah pun menganggotainya, dan 150 buah
syarikat bumiputera telah mengikut jejak langkah serta menabur minat untuk
berkecimpung di dalam bidang yang sama di seluruh negara.
Ianya adalah satu langkah yang bijak dan
pro-aktif untuk semua para pembekal-pembekal perubatan bergabung bagi
mengeluarkan pelbagai produk dan peralatan perubatan untuk kegunaan
hospital dan institusi perubatan diseluruh negara, dan adalah menjadi satu
kebanggaan sekiranya ia adalah hasil kesepakatan dan anjakan paradigma
yang berkesan dari seluruh warga Bumiputera yang ada di Malaysia sendiri.
Seiring dengan
perubahan teknologi semasa, bidang peralatan perubatan juga tidak
terkecuali daripada perubahan dan sesuai dengan keperluan tersebut.
Justeru itu PERUTAMA juga begitu menitikberatkan
pengembangan syarikat serta penubuhan penyelidikan dan pembangunan (
R&D ) yang berkesan bagi meningkatkan mutu dan prestasi
hasil barangan. |
___________________
|

MOTO-PERUTAMA
Berkhidmat Demi
Persatuan
 |
___________________
Kuala Lumpur, Malaysia |