LAMAN UTAMA | OBJEKTIF | SYARAT KEAHLIAN | CARTA ORGANISASI | SENARAI AHLI | MAKLUMAT TERKINI | BORANG DATA AHLI 

 


SYARAT KEAHLIAN

  1.  Berbangsa Melayu.

  2. Warga Malaysia.

  3. Berumur 18 tahun ke atas.

  4. Mereka mestilah berstatus sebagai pengarah syarikat, pemilik perniagaan dan bekerja di bahagian pengurusan.

  5. Mereka yang disebut dalam fasal 4 (1) (d) hanya layak sekiranya syarikat atau perniagaan mereka mempunyai pegangan ekuiti Bumiputera majoriti sebanyak 51 peratus dan keatas: dan

  6. Memiliki lesen perniagaan yang berkaitan dengan bekalan alatan perubatan dan makmal yang sah.

  7. Pengarah syarikat dan pemilik perniagaan perlulah mereka yang tidak bercanggah dengan kehendak Akta Syarikat dan Akta Perniagaan.

________________________________________

  1. Tiap-tiap permohonan menjadi ahli Pertubuhan hendaklah dicadangkan dan disokong oleh dua orang ahli berdaftar dan dihantar kepada setiausaha yang dikehendaki mengemukakan permohonan itu dengan secepat mungkin kepada jawatankuasa untuk diluluskan. Jawatankuasa boleh mengikut budibicaranya menolak sebarang permohonan tanpa memberikan sebarang alasan.
  2. Sebarang permohonan menjadi ahli pertubuhan hendaklah menggunakan borang yang telah ditentukan oleh Jawatankuasa Pertubuhan.
  3. Tiap-tiap pemohon yang permohonannya telah diluluskan seperti yang tersebut diatas, hendaklah setelah membayar bayaran masuk serta yuran tahunan pertama seperti yang ditetapkan, diterima menjadi ahli Pertubuhan dan berhaklah ia sebagai ahli.
  4. Seorang pelajar universiti atau Kolej-Universiti tidak boleh diterima menjadi ahli pertubuhan ini kecuali ia telah dibenarkan terlebih dahulu secara bertulis oleh Naib Canselor universiti berkenaan.

Sebarang pertanyaan ataupun kemusykilan, sila layari laman web kami di www.perutama.org.my ataupun e-melkan ke: info@perutama.org.my

________________________________________


LAMAN UTAMA | OBJEKTIF | SYARAT KEAHLIAN | CARTA ORGANISASI | SENARAI AHLI | MAKLUMAT TERKINI | BORANG DATA AHLI